Saya memutuskan untuk menutup blog lama awal tahun lalu. Tekad saya, mahu berhenti merapu. Cukup-cukuplah menulis perkara memalukan, meluahkan hura-hara jiwa. Namun, hari ini, saya kembali menulis kerana inilah saya. Saya suka menulis, meluahkan kekalutan jiwa. Malu (sangat malu) sebenarnya memikirkan entah siapa yang membaca, seolah-olah saya buat pengumuman satu dunia betapa serabutnya saya. Namun, pada masa sama, saya rasa lega meluahkan kepada orang asing.
Blog ini, tidak saya beritahu kewujudannya kepada sesiapa. Malah kalau tidak ada yang membacanya pun, saya tidak kisah. Saya hanya mahu menulis. Mengapa tidak tulis journal di dalam laptop sahaja, tanpa dibaca oleh sesiapa? Entah, saya rasa agak misteri memikirkan adakah akan ada orang yang terjumpa blog ini secara tidak sengaja lalu membaca kekalutan saya? Hohoho.
Masalah jiwa. Kalut. Saya rasa berdosa kerana merasakan saya menganiaya orang yang saya sayang. Tidak sepatutnya saya mencadangkan perkenalan itu. Kini, orang yang saya sayang terluka kerana ternyata lelaki itu bukan lelaki baik. (Saya tidak marah kerana lelaki itu tidak menyukainya tetapi saya marah dan kecewa kerana lelaki itu mempermainkan hatinya dan tidak berterus terang. Oh, damn you.
Hmmm... tidak mengapalah, tidak berbaloi saya habiskan tenaga marah-marah pada lelaki tidak berguna itu.
Satu lagi masalah jiwa. Hati yang kau sakiti. Itu tema saya kepada dia. Lelaki juga. Oh, tidakkah wanita moden dan kononnya bekerjaya ini punya masalah lain? Hmm...
Saya tahu dia sayang saya. Saya dapat rasakan. Saya percaya itu. Namun, saya benar-benar terluka. Saya juga tahu saya bersalah, secara tidak langsung menyebabkan perkara itu terjadi. Tetapi, saya benar-benar terluka.
Tuhan, lindungi hati kami. Rahmati hidup kami. Temukan jodoh terbaik untuk kami di dunia dan akhirat. Jauhi kami daripada hasad dengki dan sihir orang dengki.
Sis, saya minta maaf. Sungguh saya rasa berdosa.
Tuhan, berilah petunjuk dan hidayahMu. Terangi hati kami dengan cahaya Islam. Lorongkan hati kami supaya sentiasa beriman kepadaMu.
Awak, kepercayaan itu sudah tercalar. Saya tidak mahu kehilangan awak, tetapi saya tidak mampu menepis rasa curiga yang kian merebak. Saya hanya mampu berdoa supaya dipermudahkan Tuhan. Walau apapun kesudahannya, saya mohon kekuatan melaluinya.
ADALAH sempena kisah cinta kami. Bukan cinta Uda dan Dara. Bukan juga cinta Romeo dan Juliet. Cinta kami cinta biasa, harapan kami sama seperti orang lain, ada bahagia melingkari perjalanan hidup kami di dunia dan akhirat.
Blog ini hanya medium saya meluahkan kekalutan hati kerana sifat saya sukar berkongsi cerita secara mutlak dengan sesiapa. Kepada yang terbaca, tolong doakan saya beroleh ketenangan hidup di dunia dan akhirat.
Sunday, October 24, 2010
New blog, new life, new problems...
Posted by Miss Z at 8:42 AM 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)